Contoh Skop Kajian Pdf Merger
Muhammad Ali Quthb (1993) bersumberkan firman-firman Allah Taala dan sabda-sabda Nabi Muhammad SAW telah menggariskan beberapa tanggungjawab yang wajib dipenuhi sama ada oleh suami atau isteri (rujuk kepada lampiran 2). Keingkaran oleh mana-mana pihak dalam memenuhi hak-hak isteri atau suami akan menyebabkan perselisihan antara mereka. Perselisihan ini jika tidak ditangani dengan betul dan tidak dilakukan pembetulan akan menyebabkan berlaku konflik yang akhirnya menyebabkan penceraian dalam kalangan pasangan berkenaan. Hecker, Joseph L. Wetchler (2003) dalam bukunya yang bertajuk `An Introduction to Marriage and Family Therapy’ telah menghimpunkan model-model terapi keluarga dan pasangan, antaranya adalah model Sistem Terapi Bowen yang diperkenalkan oleh Murray Bowen pada 1970-an. Murray Bowen dalam modelnya telah memberi penekanan kepada corak perhubungan antara ahli keluarga seperti ibu, bapa, anak-anak dan datuk atau nenek.
Model ini juga telah memberi penekanan kepada nilai, emosi dan kaedah mengatasi konflik yang diwarisi daripada keluarga yang terdahulu sebagai kunci kepada penyelesaian konflik manakala Salvador Minuchin melihat kepada penstrukturan peranan, hirarki dan persempadanan interaksi antara pasangan sebagai asas dalam terapi untuk penyelesaian masalah. Berdasarkan model-model yang diperkenalkan oleh ahli-ahli terapi perkahwinan dan keluarga di atas didapati bahawa antara punca sesuatu permasalahan terutamanya di negara barat adalah disebabkan oleh masalah perbezaan nilai, emosi, kaedah komunikasi dan juga permasalahan struktur dalam sesebuah keluarga itu. Senario yang mempengaruhi pelbagai faktor ke atas penceraian dijangka berbeza mengikut agama, bangsa dan lokasi. Di Kedah, majoriti penduduknya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, didapati mempunyai pola hubungan antara pernikahan dan penceraian yang tersendiri.
Sebagai contoh, perusahaan mobil di Amerika Serikat yang berproduksi di Eropa untuk memenuhi kebutuhan konsumsi di Eropa. Skop ekonomis, keahlian manjerial dan. Kita sebagai penyelidik perlu menjelaskan batasan atau limitasi dalam kajian kita seperti sampel kajian, tempoh kajian, limitasi tempat, skop metodologi kajian dan sebagainya. Kerangka Konseptual Kajian Kerangka Konseptual ini bermaksud satu bentuk kerangka konsep yang menerangkan secara ringkas bentuk kajian, hala tuju kajian, format kajian dan peringkat-peringkat atau fasa-fasa dalam kajian.
Contohnya, kadar penceraian dalam kalangan pasangan Islam di daerah Alor Setar dari tahun 2003 hingga 2012 menunjukkan peningkatan dari setahun ke setahun (Rujuk jadual 1.1: Taburan Data Perkahwinan Dan Penceraian Bagi Pasangan Islam Dalam Tempoh 10 Tahun Berakhir 2012 Di Daerah Kota Setar). Merujuk kepada sumber yang lain iaitu sepertimana kenyataan oleh Datuk Siti Aishah Ghazali Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah bahawa purata perceraian bagi tahun 2010 adalah 317 sebulan. Jumlah permohonan cerai yang diterima bagi keseluruhan mahkamah rendah syariah bagi tiga bulan pertama tahun 2010 adalah sebanyak 412 permohonan. Di mahkamah syariah seluruh negeri Kedah sehingga bulan Disember 2009, kes yang melibatkan konflik suami isteri yang masih tertangguh adalah seperti berikut. Di peringkat nasional pula, perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mencatatkan kes penceraian sebanyak 80,564 dari tahun 2005 hingga 2008 berbanding 491,470 perkahwinan yang didaftarkan. Malah setiap tahun graf penceraian menunjukkan peningkatan iaitu daripada 17,749 pada 2005 kepada 19,475 (2006); 21,051(2007); dan 22,289 dalam tahun 2008.
Aliran yang sama juga diperlihatkan pada 2009 apabila mencatatkan 27,116 penceraian berbanding 135,136 perkahwinan yang didaftarkan. Philips spc900nc driver windows 10. Perkembangan ini sememangnya membimbangkan kerana ia mencerminkan keadaan institusi keluarga Islam di negara ini yang agak rapuh. Lebih membimbangkan apabila kumpulan usia terbesar pasangan yang bercerai dari sehari ke sehari adalah terdiri daripada golongan muda.
Sementara itu, berdasarkan jadual 1.4 dan jadual 1.5, jumlah penduduk paling ramai di negeri Kedah pada tahun 2010 adalah daerah Kuala Muda, diikuti oleh daerah Kota Setar dan daerah yang ketiga mempunyai penduduk yang paling ramai adalah daerah Kubang Pasu. Secara amnya, semakin tinggi jumlah penduduk bagi sesebuah tempat, semakin tinggi jumlah pasangan yang mendirikan rumahtangga. Berdasarkan data tersebut dapat diperkatakan bahawa, dalam konteks negeri Kedah jumlah penduduk yang tinggi semata-mata tidaklah menjadi penentu kepada jumlah perkahwinan dan kadar penceraian yang tinggi dalam sesuatu jangkamasa. Justeru, selain mengetahui mengenai punca-punca yang membawa kepada penceraian, pasti terdapat beberapa perbahasan yang menarik perhatian mengenai pola penceraian itu sendiri. Sehubungan dengan itu, terdapat keperluan kepada pengkaji untuk mengetahui punca-punca utama kepada kadar penceraian yang agak tinggi di daerah Alor Setar berbanding dengan kadar penceraian di daerah-daerah utama yang lain atau daerah-daerah kecil yang lain. Faktor-faktor demografi akan menjadi ukuran bagi melihat sama ada faktor-faktor ini menjadi pengaruh utama kepada fenomena penceraian dalam kalangan pasangan Islam di daerah Kota Setar.